Sunday, October 11

Perkara Mengenai Lelaki


Dalam berkawan atau persahabatan, segelintir daripada kita berpendapat bahawa bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat atau berteman dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih ringkas dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan kepada sesuatu perkara.
1. Jika anda bertanya kepada lelaki:

“Adakah awak mencintai saya?” selepas setahun menjalinkan perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak” Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa? Saya ?
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana pabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah. ini hakikat yang harus diterima secara terbuka waima sesiapa sahaja. Dan inilah juga hakikat yang membuatkan ramai wanita terpaksa makan hati dengan lelaki!
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. Ini bersangkutan dengan tabiat rutin mereka ketika merokok.