Friday, May 14

Saya Suka Main Main Mainan

Zaman Paleolitik : Masa ni aku rasa aku baru kenal dunia luar dan keluar.Itu namanya aku dah sedikit besar dari biasa.Aku ada kawan baik.Ramai lelaki tapi tiga orang je perempuan.Yang perempuan macam lelaki sebab dekat kampung aku kebanyakan-nya melahirkan anak lelaki.Aktif sikit.Aku , Nani (Bukan pemain bola Mu),Ana, Wan , Paiz , Syapiq dan Paat .Masa kecik-kecik dulu aku macam jantan.mana tak nya , ada ke patut diorang ajak aku main bola dekat belakang rumah.Aku dengan muka terer main bola.Sebab tak nak kalah aku dengan Nani invite budak kampung sebelah.Ceh, power gila bila ada pemain import.Terasa bahang , bila Barca lawan dekat Stadium.

Zaman Mesolitik : Zaman ni, aku dah maju.Dah kenal dunia Converse.Aku rasa aku kena badi warna pink.Setiap tahun beg sekolah aku akan bertukar.Dan warna yang jadi pilihan kakak aku semestinya pink.Ceit , diorang kata aku dah tak serupa perempuan.Asal petang kayuh basikal main dengan lelaki.Balik rumah bergusti dengan abang-abang.Mana kakak-kakak aku tak label-kan aku sebagai lelaki-perempuan.Dari darjah 1 hingga darjah 4 aku pakai pine-fore.Kalau pakai skirt senang nak main kejar-kejar da cop cop tiang dekat sebelah kelas.Aku paling tak boleh lupa sekali.Aku akan duduk sebelah budak lelaki.Nama dia Haziq , hensem tapi anak cina.Aku duduk dengan dia 3 Tahun.Naik jemu aku dengan perangai dia yang tak reti cakap bahasa melayu betul-betul.Aku selalu sepak muka dia bila dia salah cakap.Aku kejam masa zaman ini.

Zaman Batu/Kayu/Konkrit :Ini masa dah maju.Maju sangat.Sampai aku sudah berjaya memegang Handphone 3310.Masa tu siapa yang ada handphone kira power gila.Kalau korang ingat lagi Handphone Nokia Butterfly abang aku beli dengan harga RM1200.00.Kau bayangkan berapa mahal handphone masa tu.Gila duit betul kampeni nokia ni.Haa masa tu aku belajar dekat Bandar Jasin.Sekolah Iskandar Shah.Sekolah terkenal dekat Jasin.Siapa yang duduk Jasin kalau tak kenal sekolah ni baik mati.Aku sekolah sini tak lama.5 bulan gitu.Sebab mak aku terpaksa datang dua hari sekali sebab angkut baju aku balik rumah sebab aku tak reti basuh baju.Penat katanya.Aku pindah kesekolah Air molek.Masa ni aku kenal zaman Rempitan.Seh , sape yang ada Boyperen bawa RXZ masa tu dikira Jaguh sekolah.Aku jeles  dengan budak-budak Hot sekolah aku.Kalau tak percaya tanya minah-mo0nah gorjes sekolah aku.Lepas sekolah aktiviti biasa aku beli keropok lekor dekat bawah sekolah.Makan sampai baju kotor dan tunggu bas Keling .Dalam bus korang akan jumpa jodoh sebab duduk dengan budak lelaki yang macho-macho.Dulu siapa naik bus dikelaskan sebagai mamat yang tak suka berpanas.Kulit hitam nanti katanya.Poodah.

Zaman Milenium : Aku naik Tingkatan 4,Mula bercinta.Ceit tak rasa manis.Banyak pahit.Tak best zaman ni.Aku sambung zaman lain pula.

Zaman Sekarang: Aku Lulu , Lapan belas tahun.Belum berjaya ke mana-mana lagi.Belum berjaya mempunyai seorang boyfriend yang boleh bagi Blackberry(dalam proses).Haha gila nak gorjes.Hamprak je.
okay , selamat malam sayang.Jaga diri bila di Perak <3

5 gorjes:

Leen Abdullah said...

suke lah bace ni.. ekekekke

Aishah Malik said...

giler mahal ek henpon butterfly dl.. 1k plus2..

AIEN said...

best gila post kau yang ni.
hahaha.

UYA PADME said...

Bas keling kau sebut,bas SKA kau lupa ya.Ceit

Lulu Raisyaa said...

Kah kah , aku tahu bus ska menemukan cinta kau dan dia , alahai haha